Tuesday, May 1, 2012

1 Mei : Hari Pekerja :)


Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.

Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Justeru ada Negara adalah pekerja;
Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.

Kerajaan pembela nasib pekerja,
Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
Tepat masa pulang habislah kerja,
Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.

Rakyat datang mahu berurusan,
Berurusan dengan penjawat awam;
Menunggu lama amat membosankan,
Membosankan berurusan penjawat awam.

Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.

Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Maka Negara maju kerana pekerja berdedikasi.

Monday, April 30, 2012

Comel!~


Tersenyum simpul tengok kanak2 ni menari~ :)

Kenangan Manis Kem Kembara Ilmu 2012

Melawat bangunan pentadbiran di tengah2 malam..

Dalam kesibukan ku menjalankan eksperimen, tetibe dapat call dari  Madhi Abdullah..
Madhi : Abg Sopi , free x? :)
Aku: haha.. sibuk gak la .. knapa?
Madhi: Nak mntak tolong ni..
Aku : tolong ape?
Maddhi : ktorang ada buat prgram mtivasi mggu ni.. Tapi, x ckup abg angkat.. abg sopi amek adik angkat blh?
Aku : Hmmm ( tgh pkir nnt sbuk masuk lab.. terbiar plak bdak2 ni..haha).. Ok lah.. bape org?
Madhi : 3 boleh..?
Aku : oitt.. awat banyak sangat? besa plg rmai pun 2 ja..
Madhi: ala.. abg sopi kan dh pengalaman.. haha..
Aku : hmm.. ok la. blk aj ada.. klu x muat blh tdo stu..
Madhi: haaaaa! kalau cmtu , amek 4 org la..
Aku: haaa.. layann!

Saufi, Shah, Fozan : Di Surau untuk majlis Bacaan Yaasin :)


Maka, ditakdirkan dapat la aku adik2 baru yang sangat sporting n best.. Shah , Akim, Fozan n Bonny!
Macam2 prangai dorg ni.. dah la , dtg2 blik aku.. cakap lapar , pastu bantai habiskan stok maggie ak 4 bungkus..haha.. bagus gak, klu nak tggu ak makan, mmg smpai expired la x habis2..

2 hari spent msa ngn dorang ni.. rsa cm masa berlari laju gler mengalahkan watson nyambek..hahaha

Macam2 la dorang ni bercrita,.. tgk movie la.. FB la. skali skala kna dgr ak berceramah mtvasi..haha

ada buat bacaan yasin untuk dorang UPSR.. Ak join skali.. dorang  tiga2 org dok sblah ak.. kitorang baca sama.. adoii.. siap berebut lagi nak duk sblah aku.. kaletah bdak2 ni mmg menghiburkan..
Malas nak cakap pnjang2.. Ni antara gmbr knangan yg smpat drakam :) 


 Akim, Saufi, Shah: Majlis Bacaan Yaasin.. Bonny x de sbb dia tidak beragama Islam :)

 Di N24~ Makan tengah malam~ haha.. licin pinggan makan.. masing2 kelaparan~

In our room : K22 114~

 hehe.. Bonny n Shah~

Fozan n Bonny dgn dorg punya mee hailam.. Ingat kan Fozan makan plg banyak .. rupenya Shah lagi banyak ;p


Budak manja..haha




video
Video daripada Fozan.. hehee ~ Dalam kete masa aku nk hantar balik~ Mode: Terharu~


27-29 April 2012

Monday, April 16, 2012

"Lagu ni untuk besday abang"

video
Lagu Pokok
Penyanyi : Ameer Hakim


Assalam...
Dlam rintik2 hujan petang ni..
Tibe2 terjumpa plak video ni dalam hp..
Lagu ni , adik aku, AKIM nyanyi masa besday aku , 11/10/11 tahun lepas :)

Thanx so much bro! wa caya sama lu.. I am really appreciate it! hehe

Ukhwah Fillah! 


Macam2 keletah ~

Macam2 kenangan ~


Kem Identiti Muslim 2012



Ayer Hitam 4 Jan - HALUANSiswa Zon Selatan dengan kerjasama HALUAN Johor telah mengadakan Kem Identiti Muslim peringkat wilayah selatan sesi 2012 bertempat di Pusat Pertanian Ayer Hitam, Johor. Kem yang bertemakan “Jom Jadi Muslim Yang Hebat !” memfokuskan kepada pengukuhan kefahaman dan kesedaran realiti remaja dan pemuda pada masa kini di samping memberikan kefahaman terhadap konsep-konsep asas bagi seorang muslim dan tanggungjawab memelihara tarbiyah sepanjang hayat.
Kem yang mengambil masa 3 hari bermula 2-4 Mac 2012 berjaya mengumpulkan 42 orang mahasiswa dan mahasiswi dari sekitar Johor dan Melaka seperti Kolej Profesional MARA, Universiti Teknologi Malaysia, UniKL MICET dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Menurut Pengarah program, Sdr ‘Abbas Hafizuddeen b Md Yamin, walaupun pada peringkat awal terdapat banyak masalah teknikal dalam menguruskan program ini namun  dengan bantuan dari semua pihak, program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Program ini juga diharapkan dapat membentuk seorang pemimpin Muslim dengan jatidiri dan kefahaman Islam yang sebenar.
Slot pertama dan kedua bertajuk “Di mana Islam di dalam diri kita” serta “Pembentukan Kesedaran Islam” yang dismpaikan oleh AJK Haluan Palestin, Ustaz Umar Aiman b Osman mengetengahkan tentang betapa pentingnya penghayatan Islam di dalam diri seseorang individu Muslim di dalam suasana hilangnya identiti dan penghayatan Islam di dalam masyarakat masa kini.
Slot ketiga bertajuk “Titik Permulaan Sebenar:Langkah Bermula” disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua HALUAN Johor, Tn Hj Mahmad b Kardi yang memfokuskan kepada keperluan seseorang Muslim menetapkan halatujunya untuk memandu kehidupannya ke arah kehidupan yang diredhai dan diberkati Allah.
Slot keempat bertajuk “Alim Mujahid” disampaikan oleh Pengerusi HALUANSiswa, Dr Hj Solehuddin b Shuib yang memfokuskan tentang keperluan seseorang mahasiswa untuk mempertingkatkan kesungguhan dan komitmen di dalam menuntut ilmu di kampus di samping menyampaikan dakwah di kampus pengajian masing-masing. Komitmen ini akan menjadi seseorang mahasiswa itu pakar dan dihormati oleh rakan dan masyarakat setempat.
Kem ini diakhir dengan ucapan penutupan oleh Prof Dr Sr Abd Hakim b Mohamad, Yang Dipertua HALUAN Johor menekankan pemfokusan semula kepada tiga matlamat utama Muslim iaitu menjadi hamba Allah, menjadi khalifah Allah dan peranannya di bumi serta, memperoleh Mardhatillah dalam setiap pekerjaan. Selain itu, beliau turut menjelaskan kepentingan bersyukur dalam setiap aspek kehidupan dan fokus Muslim, yang merangkumi umur, kesihatan, ilmu dan rezeki, nikmat Iman dan Islam serta seluruh nikmat yang diberikan Allah kepada setiap Muslim.



Sedikit video hasil kreativiti kumpulan kami :)

Sunday, March 25, 2012

Mr Gold and Miss Silver: Malaysian Technology Expo 2012








Assalamualaikum dan Salam Cemerlang! :)

Sedar tak sedar dah lebih sebulan MTE 2012 berlalu..
Malaysian Technology Expo 2012 berlangsung dgn jayanya di Putra World Trade Centre dari 16-18 Feb 2012..
Until now, macam x percaya je yang projek kami terpilih masuk ke MTE 2012..
Dua projek kami iaitu  EcoNF- A Novel Extraction Process Of Eco Nanoparticle Ferrite From Industrial Waste For The Synthesis Of High Quality Carbon Nanotubes  and  Removal Of Textile Dyes From Aqueous Solution Using Modified Steel Slag  telah terpilih mewakili UTM ke MTE 2012! :)
MTE 2012 yang mencatatkan penyertaan terbanyak tahun ini iaitu seramai 558 penyertaan daripada penyelidik2 universiti seluruh negara dan juga  negara2 luar..

Team kami yang bersatu padu melakukan persediaan MTE ini termasuklah our great sis, Kak Nadirah Ismail yang x putus2 memberi idea dan semangat dekat kami.. She is very optimist n bersemangat push  adik2nya ni untuk membuat persiapan awal.. Setelah melalui beberapa meeting dan pembahagian kerja bersama2.. Di celah2 kesibukan research sndiri, alhamdulillah kami berjaya melaksanakan persediaan MTE dgn baiknya.. Termasuk lah menyediakan bisness plan yg merupakan kepakaran Hamza Hamdan, Brochure n Pamplet  serta poster yang dpertanggungjawabkan kpada Kak Nad n AJ :) sbb dorg ni kreatif sangat..hehe..N, ak plak dpertanggungjawab mengetahi persediaan sampel2 yg nak dbawa ke MTE di samping menyediakan booklet maklmat produk.. Juga nasihat n bantuan dari org Bristol, Zamir yang sangat kami hargai :) Tidak dilupakan Dr Nor Aziah yang sntiasa positif dan memberi perangsang buat kami..

Diakui mmg bukan satu tugas yang mudah. namun berkat usaha bersama2 dengan bantuan, sokongan dan nasihat pensyarah kesayangan kami,  Prof Madya Dr Zaiton Abdul Majid, Alhamdulillah, smua nya berjalan dengan baik sehinggalah tibe hari kejadian :)
Walaupun pada hari pertama exhibition, saya dan AJ xdpt bersama kerana kami masih di Australia pada waktu tu.. Namun, Dr Zaiton , Amirul dan Kak Nad berjaya melaui proses penjurian dengan jayanya..
Tahniah2! Memang ramai yang berminat dengan research kami.. Dan, produk ini sangat berpotensi untuk di komersialkan..Insyaallah..
Dan antara part best adalah kunjungan pengunjung istimewa, Family AZZU :) 
Thanx Dear Syaza, kak Syamim, Awi, Adi, Afiq, Syakib and Aiq yg sangat comel sbb dtg bagi support..

Sangat best kat sana, dapat jumpe dengan kawan2 dari pelbagai universiti dan melihat perkembangan research masing2 mmg tuntutan seorang penyelidik berjaya.. Sebelah malamnya, sempat lagi aku, AJ , Mirul n Kak Nad berbual2 sambil minum2 malam d hotel..
Oh yer.. kami menginap di Hotel Legend! Wow! Rasa dlayan macam putera plak dok hotel ni..hehe.. 
Mmg hotel ni sangat cantik n exclusive ;) Thanx Dr Zaiton sbb sudi taja ktorg bermalam kt sni :)

Dan, akhirnya keputusan penjurian pun di umumkan..
Alhamdulillah! Kami menjerit kegembiraan atas kejyaan mendapat Gold and Silver Medal :)
Syukur ya Allah ..
Harapan kami mga ada kjayaan yg lbh besar drpada ini:)
Whatever it is, MTE 2012 memberikan kami sesuatu yang lebih besar iaitu keakraban UKHwah kami berempat :)



Magic ~Electric Arc Furnace Slag

Our Beloved Dr Zaiton with Her bestfriend Prof Salasiah..

 Amirul with one of the visitor..


 Our Booth~


 Our team, unfortunately Kak Nad xde dlm gambar ni:)

Sekitar Suasana Booth UTM :)


 Aras bwah PWTC ~

 Work~

 Pemandangan dari jendela hotel kami ;)


 Credit to Kak Nad for the pict..

 3 Suara~hehe.. thanx Kak Nad..

Me and Mirul~

 AJ and Alin :)

Haaa! Ni la namanya org yang bernama Kak Nad :)

 Ni lah tetamu istimewa tu..:) 

 Short presentation.. :)

Having our lunch at PIZZA Hut! Thanx for the treat! :)

OKeyyy! See U in BIS Insyaallah! ;) Insyaallah..



Sunday, December 4, 2011

Mr Silver and Mr Bronze in INATEX UTM 2011

Salam Hebat..
Industrial Art and Technology Exhibition 2011 (INATEX 2011)
Satu nama gah yang suatu masa dahulu ak pernah mengimpikan untuk menyertainya..
Alhamdulillah, cita2 menjadi nyata..
Pada tanggal 16-18 November yang lalu , berlangsung lah INATEX 2011 yang menyaksikan persaingan hampir 150 produk dri pensyrah2 seluruh fakulti UTM ..

Melalui pelbagai onak dan duri dalam proses persediaan untuk INATEX.. 
Kami masuk 2 projek .. 
Satu, Extraction process of slag to be used as a catalyst in CNTs production
Dua, Modified steel slag as adsorbent of dyes in waste water.
Member group kami adalah, ak sendiri, Wei Hong, Zamir, AJ , Mirul dan Kak Nad;)
Di bawah bimbingan Dr Zaiton Abdul Majid yang sangat caring and understanding.
TQ so much Dr!

Kami bersama2 melalui susah payah dan jerih perih untuk menyediakan klengkapan INATEX.. Poster, Pamplet, Brosur, slide, produk2 pameran dsb nya..hehe
Sampai ada yg bad mood n moody bla terpksa bertungkus lumus berkerja..
Bese la tu, bla sangat banyak keje.. nak senyum pown sangat la susah.. nsib baik masing2 cool n understanding..
Jugak, kami ada kakak yg bnyak support n membantu.. sangat berfkiran positif.. TQ so much Kak Nad :)

Alhamdulillah, melalui proses penjurian dengan baiknya wlupun agak berdebar2..
Melayan soalan2 dari pengujung2 yang tertarik dengan produk kami..
Akhirnya tibalah hari yang di tunggu2 iaitu pengumuman pemenang INATEX 2011!
Alhamdulillah, berpeluk gembira kami bla diumumkan kami mendapat 1 silver medal for CNT project and 1 bronze for waste water treatment product :)
Tahniah Untuk Semua ! Terima Kasih Semua Atas Segalanya!











Kalau ada rezeki, jmpe lagi kite di MTE 2012! Innsyaallah :)